Connect with us

Berita Lain

Ugut Guna Gunting, Ibu Mahu Anak Dihukum Penjara 12 Bulan


KOTA BHARU: Seorang ibu memohon mahkamah mengenakan hukuman
penjara 12 bulan terhadap anaknya yang didakwa mengugut beliau dengan
menggunakan gunting, Jun lalu.
Rahimah Abdul Rahman, 52, membuat permohonan itu selepas
dipanggil memberi keterangan impak selepas tertuduh, Adam Abdullah, 27, mengaku
salah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Adam yang bekerja kampung didakwa mengugut untuk
mencederakan Rahimah dengan mengacukan gunting dalam kejadian di sebuah rumah
di Kampung Terap Banggu, di sini, pada jam 9.30 pagi, 19 Jun lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau
kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hamidah
Mahmood manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada prosiding terbabit, Rahimah memberitahu mahkamah yang
beliau sudah memaafkan perbuatan tertuduh.
Bagaimanapun, wanita itu meminta mahkamah memberikan hukuman
setimpal iaitu 12 bulan penjara bagi memberi pengajaran kepada anaknya.
Nik Habri sempat memberi amaran kepada tertuduh agar tidak
mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.
“Kamu bernasib baik ibu kamu minta hukuman penjara 12
bulan sebagai pengajaran. Saya tanya ibu kamu (keterangan impak) kali ini saja,
selepas ini jika buat lagi saya bagi hukuman saya.
“Saya hargai keterangan ibu kamu, saya pertimbangkan
dan saya luluskan hukuman penjara 12 bulan bermula tarikh sabitan hari
ini,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel