Saturday, November 15, 2025

[VIDEO] ‘Abang Hilux’ Sila Tampil Serah Diri

October 19, 2017
1 min read

PETALING JAYA – Lagak seorang lelaki bertindak ala gengster
jalanan akhirnya undang padah apabila dia kini diburu polis selepas pukul
seorang pekerja penghantaran makanan bermotosikal.
Dalam kejadian di Bandar Utama di sini petang Rabu lalu, mangsa
berusia 27 tahun itu cedera di mata selepas dipercayai ditumbuk suspek beberapa
kali gara-gara halang laluannya ketika jalan sesak disebabkan kemalangan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd
Zani Che Din, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC
melalui jalan itu dan kemudian berhenti akibat jalan sesak disebabkan satu
nahas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya lagi, sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda model
Toyota Hilux kemudian membunyikan hon kepada mangsa kerana didakwa menghalang
laluan pergerakannya.

“Pemandu Toyota Hilux berkenaan kemudian turun dari
kenderaan dan memaki hamun mangsa dan menendang motosikal mangsa.
“Dia kemudian terus menumbuk mangsa beberapa kali di
bahagian muka, kejadian dileraikan oleh anggota polis bantuan yang berada di
tempat kejadian.
“Selepas itu, pemandu terbabit beredar meninggalkan lokasi
kejadian,” katanya sebagai dipetik portal BH Online.
Justeri, pihak polis kini sedang mengesan suspek dan memangil
saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat.
Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 323/427 Kanun Keseksaan. –
MYNEWSHUB.CC


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Inspektor Sheila Kembali Cetus Kontroversi, Kali Ini Didakwa Timbulkan Kekecohan Di Gerai Makan

KUALA LUMPUR – Nama Inspektor Sheila sekali lagi menjadi bualan hangat di

Tular: Budaya ‘Ulat Parking’ di Bukit Bintang Semakin Menjadi, Netizen Seru Jangan Layankan Lagi!

KUALA LUMPUR – Isu ulat parkir di sekitar kawasan Bukit Bintang kembali