Connect with us

Berita Lain

Hina Keturunan, Bugis Indonesia Desak Dr M Mohon Maaf

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto: Malay Mail Online


JAKARTA, 21 Okt — Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar
Indonesia (PPBMI) di sini hari ini mendesak bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk meminta maaf secara terbuka ekoran kenyataan yang
menghina keturunan Bugis dalam satu perhimpunan pembangkang di Selangor
baru-baru ini.
PPBMI membuat desakan itu menerusi satu memorandum bantahan
yang diserahkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di sini lewat
petang semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Umum PPBMI Arwin Welhalmina dalam kenyataannya
berkata, Dr Mahathir telah merendahkan taraf dirinya sendiri sebagai bekas
perdana menteri apabila mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap sesuatu
keturunan.
Beliau berkata, keturunan Bugis adalah satu bangsa yang
diasporanya berjaya di seluruh dunia dan Dr Mahathir harus sedar bahawa Bugis
adalah etnik yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan dan
kesultanan Melayu.
Katanya, walaupun tujuan Dr Mahathir mengaitkan keturunan
Bugis kerana mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak tetapi penghinaan yang dibuat itu menyinggung perasaan keturunan Bugis di
seluruh dunia terutamanya di Indonesia.
Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran
parti-parti pembangkang pada 14 Okt lepas telah mengaitkan keturunan Najib
dengan menyebut sebagai keturunan “lanun Bugis”.
Arwin berkata, pihaknya mendesak Dr Mahathir memohon maaf
dan menarik balik kenyataannya itu atau pihaknya akan membuat demonstrasi
besar-besaran di hadapan kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai
menzahirkan bantahan mereka.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri
Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Bernama, Dr Mahathir harus membuat
permohonan maaf segera atas keterlanjurannya itu kerana ia membawa masalah
kepada rakyat Malaysia di Indonesia.
“Sebagai seorang negarawan, Dr Mahathir tidak seharusnya
mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan kini beliau meletakkan pihak kedutaan
dan rakyat Malaysia dalam bahaya kerana kata-katanya telah menimbulkan
kemarahan rakyat tempatan yang berketurunan Bugis,” katanya.

Beliau berkata, Dr Mahathir harus bertindak bijak untuk
menjaga hubungan dengan negara jiran dan tidak bercakap susuka hati yang boleh
mengeruhkan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua buah negara. —
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel