Sunday, November 16, 2025

Saya Tak Hina Semua Orang Bugis – Tun Mahathir

October 21, 2017
1 min read

ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan
beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis semasa perhimpunan Pakatan Harapan
(PH) di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Sebaliknya, bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan
gabungan pembangkang itu berkata terdapat juga keturunan Bugis yang baik.

“Saya tak hina orang Bugis. Orang Bugis ada yang baik. Tapi
penyangak pun ada juga,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Salah ke? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis
tak ada penyangak. Ada,” katanya semasa berucap di program “Rapat Umum
Selamatkan Malaysia” di Dataran Harapan Baru di sini, malam tadi.

Dr Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan
“anti-kleptokrasi” pada 14 Oktober mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dengan menyebut sebagai keturunan “lanun Bugis”.

Kenyataan itu mengundang protes Persatuan Perpaduan Rumpun
Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di
Putrajaya.

Dr Mahathir berkata mereka yang menganjurkan protes itu
adalah “bodoh”.
“Bodohnya, orang hari itu hari Deepavali, pejabat saya
tutup. Tapi dia dah rancang (untuk berhimpun).

“Mereka sudah sewa bas, jadi pergi jugalah dan pejabat
kosong. Inilah orang yang kononnya mendakwa saya menghina orang Bugis,”
katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan penahanan Presiden Warisan
Datuk Seri Shafie Apdal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berhubung penyelewengan RM1.5 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW) di Sabah.

“Shafie Apdal diselidik, dicari macam-macam, kononnya benda
itu berlaku semasa dia jadi menteri.

“Kenapa masa itu (semasa Shafie dalam Kabinet) tak
diselidik, tapi sekarang baru nak selidik? Kerana dia menjadi pemimpin Warisan
yang menentang Najib,” katanya.



FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian