Connect with us

Berita Lain

Tun M Puji Masakan Mat Sabu ‘Cukup Baik’


ALOR SETAR : Walaupun sebelum ini mereka dikenali sebagai
musuh ketat dalam politik, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji hidangan
yang dimasak oleh Mohamad Sabu ketika berkunjung ke rumah presiden Amanah itu
akhir bulan lalu.

Berucap di hadapan 898 perwakilan Amanah seluruh negara,
bekas perdana menteri itu memuji masakan Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat
Sabu sebagai “cukup baik.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya boleh bagi pengesahan di sini iaitu masakan dia cukup
baik. Ini pengalaman saya kerana saya dijemput olehnya ke rumah untuk makan
malam.

“Kalau dia tak ada kerja boleh lah buat kerja tukang masak,”
kata pengerusi Pakayan Harapan ini sambil disambut gelak ketawa perwakilan yang
menghadiri Konvensyen Nasional Amanah 2017 di sini hari ini.

Akhir bulan lalu, Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti
Hasmah Mohd Ali menziarahi Mat Sabu sekeluarga.

Mat Sabu turut memasak sendiri lauk-pauk yang dihidangkan
antaranya nasi daging kambing, kambing goreng nampla, gulai ayam dan ikan masin
goreng.

Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir turut menceritakan beliau
pernah menghantar Mat Sabu “belajar” memasak semasa berada dalam tahanan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Taiping.

“Saya masih teringat menghantar Mat Sabu belajar memasak di
Taiping. dan dia diupah dengan 80 sen. Itu kadar masa British dulu,” katanya.

Berucap selepas Dr Mahathir, Mat Sabu dalam pidatonya turut
berseloroh di hadapan perwakilan dan pimpinan Pakatan Harapan dengan menyatakan
bekas perdana menteri itu “yakin dan berani” memakan masakan yang disediakan
olehnya.

“Tun yakin dan berani bila nak pergi ke rumah saya nak
makan. Saya tengok tak ada pun pegawainya rasa dulu kot-kot saya bubuh racun.
Tak ada…Tun terus makan. Patut dia bagi pegawai dia rasa dulu,” katanya.

Mat Sabu pernah menjadi 2 kali tahanan ISA semasa Dr
Mahathir menjadi perdana menteri.

— FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel