Connect with us

Berita Lain

3 Tahun Dirogol Bapa Tiri Dua Kali Seminggu


KINABATANGAN, SABAH – Dirogol bapa tiri, dua kali seminggu
sejak Januari 2014 sehingga September tahun ini di lokasi sama di tepi sungai
di sebuah kampung di Tongod, Kinabatangan, itulah nasib yang menimpa seorang
remaja perempuan berusia 14 tahun, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak
Rahmat berkata, mangsa dan ibunya membuat laporan polis pada jam 11.35 pagi,
Khamis lalu.
“Mangsa mendakwa dia telah dirogol oleh bapa tirinya ketika
berusia 10 tahun di tepi sungai di sebuah kampung di Tongod semenjak 2014.
“Mangsa mendakwa bapa tiri melakukan perbuatan itu dua kali
seminggu antara 1 Januari 2014 sehingga 1 September tahun ini di tempat yang
sama iaitu di tepi sungai berhampiran dengan rumah suspek,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bertindak di atas laporan yang telah dibuat, sepasukan polis
telah menahan suspek berusia 47 tahun bekerja sebagai petani, di luar rumahnya
pada jam 1.30 tengah hari pada hari yang sama.
“Mangsa tidak bersekolah kerana keluarga tidak mampu dan
mangsa adalah anak keempat daripada lima beradik. Ibu dan bapa kandung mangsa
sudah bercerai dan ibunya berkahwin dengan suspek sejak tahun 2008.
“Pada 16 September lalu, berlaku pergaduhan di antara ibu
mangsa dengan suspek menyebabkan ibunya membawa mangsa serta adiknya pulang ke
rumah nenek mereka.
“Pada 1 Oktober lalu kira-kira jam 2 petang, mangsa
memberitahu ibu serta ahli keluarganya bahawa dia telah dirogol oleh bapa
tirinya. Terkejut dengan kejadian itu, ibu mangsa kemudian membawanya ke klinik
untuk membuat pemeriksaan dan terdapat koyakan pada kemaluan mangsa,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana
merogol ke atas seorang perempuan di mana hubungan perempuan itu dengannya
adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau
kebiasaannya untuk berkahwin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel