Connect with us

Berita Lain

GABUNG Desak Dr Mahathir Mohon Maaf Isu Hina Bugis



JOHOR BAHRU: Anggota 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di
negeri ini hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah kenyataan
“menghina orang Bugis” oleh Tun Dr Mahathir Mohamad serta mendesak
bekas perdana menteri itu memohon maaf.


Anggota 25 NGO itu yang bernaung di bawah Majlis Penyelaras
Gabungan NGO Melayu Negeri (GABUNG) Johor berikrar akan terus mengadakan
perhimpunan secara aman dan menghantar memorandum bantahan selagi Dr Mahathir
tidak memohon maaf, serta akan membuat laporan polis.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Naib Presiden merangkap Ketua Penerangan GABUNG Johor
Abdullah Md Yusof berkata pihaknya tidak menyangka kenyataan sedemikian boleh
dilontarkan seorang bekas pemimpin negara yang pernah menyuarakan perpaduan
tetapi kini bertindak memecahbelahkan masyarakat.


“Kaum mana yang tidak marah kalau digelar sebagai
lanun? Sebagai seorang pemimpin, beliau (Dr Mahathir) seharusnya lebih sedar
akan kesan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang dapat menjejaskan perpaduan
dan keamanan negara.

“Walaupun kami hanya NGO, tetapi kami mewakili 850
persatuan NGO pelbagai kaum dengan lebih 200,000 orang ahli. Kami minta Dr
Mahathir untuk segera membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perkara ini
telah tersebar luas dan telah banyak menyakitkan hati pelbagai lapisan
masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Presiden GABUNG Johor Zaini Atan berkata kenyataan itu turut
memberi kesan terhadap generasi muda berketurunan Bugis.


Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran
parti-parti pembangkang di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Okt lepas telah
mengaitkan keturunan Najib dengan menyebut sebagai keturunan “lanun
Bugis”.
Perkara itu turut mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia
Jusuf Kalla yang mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan itu.

Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia
sebelum ini turut menuntut Dr Mahathir untuk membuat permohonan maaf secara
terbuka.


— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel