Connect with us

Berita Lain

Ketua Tentera Indonesia Dihalang Masuk Ke Amerika


JAKARTA: Indonesia akan menghantar nota diplomatik kepada
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) dan memanggil timbalan duta Washington
di Jakarta untuk menjelaskan ketua tenteranya tidak dibenar masuk ke AS, kata
seorang pegawai Indonesia hari ini.
Komander Angkatan Bersenjata Indonesia, Gatot Nurmantyo dimaklum
syarikat penerbangan bahawa pihak berkuasa AS tidak membenarkan beliau masuk ke
negara itu ketika dalam perjalanan untuk menaiki pesawat semalam, menurut
laporan media Indonesia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, Nurmantyo ke AS atas jemputan pengerusi ketua
kakitangan bersama dan bekas ketua Kor Marin AS, Jeneral Joseph F Dunford Jr
Beliau juga akan mengambil bahagian dalam forum yang dianjurkan Pusat Pengajian
Strategik dan Antarabangsa di Washington esok.
Jurucakap kementerian hal ehwal luar negara Indonesia,
Arrmanatha Nasir berkata, Nurmantyo sudah memaklumkan kepada kementerian
mengenai halangan kemasukan itu tetapi tidak dapat mengesahkan butirannya.
Kementerian itu juga akan memanggil timbalan duta AS di
Jakarta pada Isnin untuk mendapatkan penjelasan, kata Nasir. Difahamkan duta
itu kini tiada di Indonesia.

Sementara itu, Kedutaan AS di Jakarta gagal dihubungi untuk
mengulas perkara itu. – Reuters

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel