Connect with us

Berita Lain

Pemandu Grab Dipukul Sekumpulan Pemandu Teksi Kerana Mengambil Penumpang Di Lapangan Terbang.


Kota Bharu – Berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Kota
Bharu yang membabitkan kumpulan pemandu Grabcar dengan kumpulan pemandu teksi.
Menurut sumber, kekecohan tersebut dipercayai berlaku
berpuca daripada kumpulan pemandu teksi yang bertindak memukul seorang pemandu
Grabcar kerana mengambil penumpang di kawasan lapangan terbang tersebut.
Pemandu Grab car terbabit dikatakan telah dibelasah oleh
beberapa orang pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengannya kerana mengambil
penumpang di kawasan lapangan terbang tersebut kerana dikatakan kawasan
berkenaan adalah merupakan kawasan mencari makan mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Susulan kejadian tersebut, lebih 70 orang pemandu Grab di
kelantan telah menghantar surat bantahan kepada pihak pengurusan Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).
Surat tersebut telah diserahkan kepada Wakil Malaysia
Airports Berhad (MAHB) LTSIP bagi meminta penjelasan serta ketetapan bagi
pemandu Grab yang mahu mengambil serta menghantar penumpang di lapangan terbang
berkenaan.
Menurut wakil pemandu Grab Kelantan Azizi Ismail berkata
bahawa kehadiran mereka ke sana adalah bagi menghantar memorandum kepada pihak
Malaysia Airports berkenaan isu pemandu teksi yang bertindak memukul pemandu
Grab.
Menurutnya lagi, terdapat banyak laporan yang dibuat oleh
pemandu-pemandu Grabber Kelantan mengenai sikap pemandu teksi yang suka menganggu
mereka ketika sedang mencari penumpang.
“Kalau mengikut akta, RUU telah meluluskan pada sesi
Parlimen lepas bahawa perkhidmatan e-hailing ini boleh bergerak aktif di
mana-mana, janji dia tak menyalahi dari segi undang-undang pengangkutan jalan, (serta
peraturan) yang ditetapkan oleh Grab dan Spad,” ujar Azizi lagi.
Pemandu Grab yang berusia awal 20-an itu bagaimanapun
bernasib baik walaupun telah dibelasah oleh beberapa orang namun dia tidak
mengalami sebarang kecederaan serius.
Walau bagaimanapun mangsa sudah pun membuat laporan polis
berhubung kejadian yang menimpanya itu.
Kumpulan pemandu Grab kemudiannya pergi menemui Pengerusi
Persatuan Teksi dan Pemandu Kereta Sewa LTSIP, Abdul Rashid Mamat bagi menuntut
penjelasan selepas mereka menyerahkan surat bantahan tersebut.
Sesi perbincangan yang pada mulanya sedikit tegang
bagaimanapun berjaya ditenteramkan oleh beberapa individu yang turut berada
ketika perbincangan tersebut.
Namun begitu tiada sebarang kata putus berjaya dicapai
melainkan pihak Persatuan Teksi dan Pemandu Kereta Sewa LTSIP yang membenarkan
pemandu Grab mengambil dan menurunkan penumpang hanya di Pintu C lapangan
terbang itu.


— Online News Today

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel