Connect with us

Berita Lain

Pemuda PAS Kelantan ‘Gempur’ Wisma Tok Guru


Isu membabitkan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor,
Kota Bharu semakin hangat apabila PAS ‘menggempur’ bangunan yang kini menjadi
Pejabat Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, sebentar tadi.
Kira-kira 150 penyokong PAS berhimpun di lokasi kejadian
diketuai Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dengan alasan untuk
memasang bendera di sekitar bangunan tersebut.
Mereka berkumpul kira-kira jam 9 malam sambil mendengar
ucapan disampaikan pimpinan pemuda termasuk Ahmad Fadhli.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Fadhli dalam ucapannya berkata, acara memasang bendera
PAS itu diadakan sebagai permulaan dan petanda awal bahawa tanah serta bangunan
itu adalah hak milik PAS.
“PAS telah berikan notis sebulan kepada pihak yang
menduduki bangunan ini untuk mengosongkannya selewat-lewatnya pada 14 November
depan.
“Walaupun sudah menjadi hak kita, tetapi bagi
mengelakkan perkara berlanjutan kita mengambil keputusan untuk tidak mengakses
bangunan ini.
“Kita sekadar meletakkan bendera di bahagian luar
sahaja sebagai penghargaan kepada penyokong yang menyumbang untuk kita mencipta
sejarah melihat bangunan ini kembali menjadi milik PAS,” katanya.
Disuraikan pihak polis
Seusai ucapan tersebut, Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi
Hassan menggesa Ahmad Fadhli supaya memberi keizinan menggunakan pembesar suara
atas alasan untuk meminta penyokongnya bersurai daripada lokasi.
Bagaimanapun, PAS tidak mengizinkan permintaan itu sekali
gus mencetuskan sedikit ketegangan antara kedua-kedua penyokong.
Sejurus selepas itu, pihak polis bertindak menyuraikan Hazmi
dan meminta supaya kedua-kedua pihak bertenang.
Penyokong PAS kemudian meneruskan hasrat mereka dengan
memasang kira-kira 10 hingga 15 bendera di bahagian luar pagar Wisma Tok Guru.
Sebelum bersurai, mereka turut menerima kehadiran Ketua
Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang tampil membaca doa penutup .
Keadaan kembali tenang apabila sebahagian besar penyokong
PAS meninggalkan lokasi, manakala penyokong AMANAH Kelantan berkumpul dalam
bangunan tersebut.
Pada 17 oktober lalu, Malaysiakini melaporkan AMANAH Kelantan
menerima notis supaya mengosongkan Wisma Tok Guru yang dikeluarkan melalui nama
pemilik asal tanah yang menempatkan bangunan itu.
Wisma itu menempatkan pejabat ADUN Salor, Datuk Husam Musa
dan dinamakan semula tahun lalu sempena memperingati nama bekas menteri besar
Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selain menempatkan pejabat Husam, bangunan yang terletak di
Jalan Pendek, Salor itu juga menjadi markas AMANAH Kelantan hasil usaha Husam.
Isu tanah berkenaan sebelum ini ditimbulkan oleh PAS
Kelantan menerusi ADUN Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang mendakwa tapak
berkenaan milik kerajaan negeri.
Mohd Nassuruddin mempertikaikan tindakan Husam yang juga
Naib Presiden AMANAH kerana terus menggunakan kemudahan berkenaan walaupun
sudah meninggalkan PAS.
Husam bagaimanapun berkata beliau akan mencabar arahan
mengosongkan bangunan berkenaan dengan memfailkan kes itu ke mahkamah apabila
menerima notis rasmi.
Sehingga keputusan muktamad dibuat oleh mahkamah, Husam
berkata AMANAH Kelantan akan terus menggunakan premis berkenaan seperti biasa.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel