Connect with us

Berita Lain

‘Saya Tidak Akan Minta Maaf” – Tun Mahathir


ALOR SETAR: “Saya tidak akan mohon maaf dan untuk apa saya
perlu lakukan.”
Demikian reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertegas bahawa
beliau tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka ekoran
kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.
Dr Mahathir juga mempertahankan ucapan beliau ketika
perhimpunan haram di Selangor baru-baru ini bahawa hanya ditujukan kepada
pemimpin tertentu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pahlawan Bugis ni bukanlah pencuri, tapi ini pahlawan
Bugis pencuri.
“Jadi apa salahnya saya kata dia pencuri. Saya bukan
kata semua orang Bugis pencuri. Saya tak perlu minta maaf pasai saya tak kata
benda tu,” katanya kepada pemberita pada dalam sidang akhbar selepas
Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara di sini, siang
tadi.
Dr Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan haram Pakatan
Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu lalu menyebut
tentang pemimpin tertentu yang mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat
ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
Ekoran kenyataannya itu, pelbagai pihak termasuk yang
mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Dr Mahathir supaya membuat
permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya..
Terbaharu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri
Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan Dr Mahathir yang menghina keturunan
tersebut telah menyebabkan Perhimpunan Pemuda Bugis Makasar Indonesia (PPBMI)
mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia
jika Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak memohon maaf.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel