Connect with us

Berita Lain

Tun M Dakwa Pendaftaran Harapan Sengaja Dilengahkan

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: FMT

ALOR SETAR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pihak sengaja melengahkan proses pendaftaran Harapan, selepas pihaknya mengemukakan permohonan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Katanya, sehingga kini masih tiada maklum balas walaupun sudah beberapa kali membuat pertanyaan bertulis.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Sebelum ini ROS minta kita lakukan sedikit perubahan pada logo dan sebagainya, kita akur dan ikut kehendak mereka, tapi sampai sekarang senyap. Saya percaya ada pihak tertentu cuba lengahkan proses,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah Ke-2, di sini semalam.

Menurutnya, kemungkinan wujud sabotaj supaya Harapan tidak sempat didaftarkan menjelang PRU14.

“Nampak sangat ada pihak takut, sengaja mahu kalahkan kami supaya tidak  didaftarkan. Inilah ketakutan mereka yang tak berani berdepan dengan Pakatan Harapan pada PRU14, jadi mereka lakukan pelbagai taktik sekat parti gabungan ini,” katanya.

Mahathir berkata, walaupun masih belum mengumumkan lambang yang akan digunakan pakatan dalam PRU14, namun ia bukan suatu masalah.

“Kita ada beberapa cara atasi masalah ini, tak perlu umum lagi strategi kita,” katanya.

Menurutnya, semua parti bawah Harapan mempunyai hubungan kerjasama erat, selain sudah melupakan ‘kisah silam’ antara parti, sebaik sahaja bergabung.

“Tidak wujud perbezaan ketara antara pimpinannya, kami miliki perjuangan sama. Yang penting perjuangan untuk jatuhkan kerajaan sedia ada. Buat masa ini, kita memiliki persefahaman tinggi dan bekerjasama rapat dalam semua perkara,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Mahathir berkata, kesemua pemimpin utama parti yang sebelum ini diibaratkan musuh ketat, kini sudah merapatkan barisan untuk berlawan dengan musuh baharu.

“Kita mahukan perubahan lebih besar, lupakan kisah silam. Sebab itu kami sanggup ketepikan kisah lama dan bergabung, bukan mengutamakan prinsip parti masing-masing,” katanya.

Menurutnya, individu yang tidak tersenarai sebagai calon kelak harus ketepikan rasa tidak puas hati sekiranya mahu ke Putrajaya.

“Ingatlah kita mahu menang, bukan fikirkan jumlah calon dari parti mana paling banyak, ini bukan perjuangan peribadi. Kita harus hapuskan sikap kekitaan dalam parti sebaliknya utamakan pakatan,” katanya.

Konvensyen Nasional Amanah ke-2 bertemakan ‘Menjunjung Amanah Rakyat’ dihadiri 898 perwakilan dari seluruh negara, termasuk kesemua pemimpin utama Harapan iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu selaku tuan rumah menyampaikan Pidato Presiden sebagai perasmian konvensyen dua hari itu.

— Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel