Sunday, November 16, 2025

Ditikam Pisau Pemotong Sayur Ketika Bergaduh

October 23, 2017
1 min read

SIBU: Seorang lelaki terpaksa menerima 10 jahitan pada dada
selepas ditikam dalam pergaduhan di Sibu Jaya, di sini tengah hari.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang
berusia 53 tahun dikatakan bertengkar dengan seorang rakannya di hadapan pusat
beli belah sebelum ditikam menggunakan pisau pemotong sayur.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit,
berkata kejadian dimaklumkan orang ramai kepada anggota polis yang kebetulan
melakukam rondaan rutin cegah jenayah di kawasan berkenaan, lapor BH Online.
“Sejurus tiba, mangsa ditemui dalam keadaan duduk
sambil mengerang kesakitan dan menekup bahagian dadanya yang berdarah sebelum
bantuan segera diberikan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Suspek pula cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan
anggota bertugas,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu bagi
mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
“Penahanan suspek berusia 24 tahun itu turut membawa
kepada penemuan senjata digunakan dalam insiden pergaduhan berkenaan,”
katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dan
suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai di bawah pengaruh alkohol ketika
pergaduhan.
“Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan akan
dirujuk kepada pihak narkotik bagi tujuan ujian saringan air kencing. Kes kini
disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara
sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Polis Buka Siasatan Video Pemain Indonesia Hina Anggota URB PDRM

SUBANG JAYA, 11 NOV – Polis membuka kertas siasatan berhubung beberapa video