Connect with us

Berita Lain

Dua Beranak Hidup Merempat, Selongkar Tong Sampah Cari Makanan


KUANTAN: Malang buat seorang wanita bersama anak
perempuannya berusia lima tahun apabila mereka terpaksa hidup merempat dengan
tidur di surau di kawasan bandar ini pada setiap malam selepas keluar dari
rumah sewa mereka sejak 20 hari lalu.
Pada sebelah siang pula, Siti Azlina Abd Aziz, 37, bersama
anaknya Siti Noraisyah Umairah Mohd Khairul Anuar keluar mencari makanan di
dalam tong sampah untuk mengalas perut supaya tidak kelaparan.
Siti Azlina mendakwa kesusahan dan kehidupan melarat
dilaluinya sejak lebih 20 hari lalu bermula selepas suaminya dikenakan hukuman
penjara seumur hidup kerana terbabit dalam kes dadah kira-kira sebulan lalu, lapor My Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, dia kini sentiasa membayangkan nasib dan masa depan
mereka semakin gelap, malah turut buntu sehingga membuat keputusan keluar dari
rumah sewa mereka di Kampung Pandan, di sini.
“Sebelum ini, kami menyewa rumah berkenaan dengan semua
bayaran dilakukan suami, tetapi kini saya mula hilang arah apabila lelaki yang
menjadi tempat bergantung dipenjarakan.
“Kerana tidak mampu membayar sewa termasuk ada yang masih
tertunggak, saya dan anak nekad keluar dari rumah sehelai sepinggang.
“Saya kerap tidur di surau Cenderawasih, di sini, kadangkala
di beberapa surau lain di kawasan berhampiran terutama yang tidak berkunci atau
padang bola keranjang di Kampung Baru, dekat sini, manakala pada siang hari
terpaksa keluar ke kawasan lain mencari tempat boleh berteduh,” katanya ketika
ditemui di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel