Connect with us

Berita Lain

Gadis Bengkel Dilamar Lebih 100 Lelaki, Terima Ratusan Mesej Cinta


KUALA TERENGGANU: Gadis bengkel Nor Sakira Awee, 20,
mengakui dirinya kini cuba dipikat lebih 100 lelaki selain turut menerima
ratusan mesej cinta dari seluruh negara.
Nor Sakira dari Kampung Batangan, Marang menjadi tumpuan
selepas kisahnya yang tidak kekok untuk ‘bermain’ dengan enjin kenderaan
disiarkan akhbar ini pada pada 14 Oktober lalu.
“Ramai yang menghantar mesej melalui akaun media sosial saya
termasuk Instagram, Facebook dan juga aplikasi telefon seperti WeChat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Walaupun menjadi tumpuan berbanding sebelum ini, saya tidak
menganggapnya sebagai gangguan kerana saya juga memang suka berkawan dengan
semua orang dan terbuka dalam soal ini.
“Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana selama ini
memang ada ramai kawan lelaki berbanding rakan perempuan,” katanya ketika
dihubungi, di sini, semalam.
Sebelum ini, Nor Sakira adalah seorang daripada 65 pelatih
Sijil Tahap Dua Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di Universal Centre
Education Traning Employment (UNICETE).
Kisah gadis itu tular di media sosial selepas kemahirannya
membaik pulih kenderaan dikongsi dan mendapat pujian netizen hingga ada yang
sanggup menawarkan wang hantaran RM20,000.
Menurutnya, dia tidak kisah apabila diajak bercinta oleh
lelaki kerana ia adalah hak mereka atau dianggap sekadar usikan netizen saja
melainkan ada yang bersikap kurang sopan dan tidak menghormatinya.
Katanya, dia tidak menjangkakan bahawa pembabitannya dalam
bidang automotif akan mendapat perhatian ramai seperti itu.
“Saya hanya buat apa yang saya suka dan minat, tetapi tak
sangka pula ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.
“Selain yang menghantar mesej untuk berkenalan, ramai juga
memberi dorongan dan kata-kata semangat. Respon netizen dan orang sekeliling
secara tidak langsung membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus maju dalam
bidang automotif ini,” katanya.
Katanya, dia juga ada menerima beberapa tawaran kerja
sambilan di bengkel kenderaan termasuk daripada sebuah syarikat minyak pelincir
dengan menawarkan kerja sambilan di pusat servisnya di Kampung Ladang.
“Memandangkan masih belajar, saya perlu mendapatkan
persetujuan banyak pihak selain ingin memastikan ia tidak menggangu
pembelajaran di UNICETE,” katanya.

— My Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel