Connect with us

Berita Lain

Henti Main Tarik Tali, PAS Perlu Nilai Tawaran Umno – Mustafa


KUALA TERENGGANU, 23 Okt — Barisan kepimpinan PAS perlu
berhenti main ‘tarik tali’ dan menilai kembali tawaran kerjasama Umno pada
pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Lembaga Penasihat PAS Datuk
Mustafa Ali.
Beliau berkata perkara berkenaan adalah alternatif terbaik
kepada PAS untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan
datang seperti yang diusulkan oleh ketua penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa
awal Oktober lalu.
“Bagi saya wajar menyambut (cadangan kerjasama)… dan saya
tidak fikir bahawa Annuar akan mengajak PAS untuk menyertai Umno…kalau ajak
menyertai Umno,  saya sendiri juga tidak
akan setuju dan tetap akan lawan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika kita ingin bercakap tentang kerjasama ini… macam
konsep ‘tahaluf’ dan ‘tabayyun’, saya rasa Umno dan PAS boleh berbincang untuk
kepentingan masa depan negara. Tetapi saya tidak nampak sebarang jawapan yang
serius dalam pemimpin PAS dan bila tiada respons serius, saya rasa ia sesuatu
yang tidak kena,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Katanya sebelum ini kedua-dua pihak pernah berbincang
mengenai kerjasama tersebut tetapi hingga kini masih tiada kata putus
mengenainya.
“Perbincangan terdahulu terlampau banyak syarat yang
dikenakan antara dua-dua belah parti sehingga hasilnya tiada… apa yang harus
kita buat ialah bincang dahulu supaya PAS boleh memahami perspektif Umno dan
Umno juga harus faham perspektif PAS,” katanya.
Beliau turut mengulas tentang politik negara ketika ini yang
didakwanya dalam keadaan tidak sihat.
“Saya membuat perhatian dan analisis senario di mana semakin
hampir dengan pilihan raya umum semakin tidak harmoni politik negara.
“Kini timbul isu memberi gelaran yang tidak elok kepada
pemimpin-pemimpin tertentu,  contohnya
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir (Mohamad) memanggil perdana menteri
(Datuk Seri Najib Razak) sebagai ‘Lanun Bugis’,” katanya.

Beliau berkata dalam berpolitik perlu ada kematangan,
kewarasan, bebas dan adil serta perlu cakna atau prihatin terhadap masalah
rakyat dan negara. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel