Connect with us

Berita Lain

Insiden Tanah Runtuh: Kesemua Mayat Mangsa Ditemui


GEORGE TOWN – Kesemua 11 mangsa yang tertimbus dalam
kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan perumahan mampu milik di
Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini telah dijumpai.
Dua mayat terakhir seorang warga Bangladesh, Muhammad
Monirul Islam dan warga tempatan Yuan Kouk Wern, 27, ditemukan pagi ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata
proses mengeluarkan mayat Muhammad Monirul tidak mengambil masa lama ekoran
keadaan persekitaran yang mudah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun katanya proses mengeluarkan mayat terakhir yang
juga rakyat tempatan mungkin mengambil sedikit masa kerana mangsa dihempap jeriji
besi.
“Mayat kesebelas yang merupakan rakyat tempatan dan terakhir
dijangka dapat dikeluarkan sebelum tengah hari ini,” katanya kepada pemberita
di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Hingga kini, 10 mayat telah dibawa keluar dari kawasan
runtuhan iaitu tiga warga Myanmar, Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan
Rahmatullah Mohd Sidiq; empat warga Bangladesh Hossen Mia, Nur Alam, Rahaman
Abdur dan Muhammad Monirul; dua warga Indonesia Hosrin Sharif dan Erwin Salis
serta seorang rakyat Pakistan Raza Ali.
Ketika kejadian pada 8.57 pagi kelmarin, kesemua 11 mereka
sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina itu apabila tanah
lereng bukit itu runtuh dan menimbus mereka.
Difahamkan kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah
pembinaan struktur tingkat bawah tanah bangunan 50 tingkat projek milik
syarikat swasta itu. – BERNAMA


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel