Connect with us

Berita Lain

Kereta Kena Kunci, Tak adil Macam ini!


Kuala Lumpur: Seorang wanita ‘panas hati’ selepas mendapati
tayar keretanya dikapit petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedangkan
kereta mewah berhampiran tidak diambil tindakan sama.
Perkongsian wanita itu melalui laman sosial Twitternya
menjadi tular sejak semalam dan menimbul tanda tanya ramai netizen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kereta saya dikunci kerana meletakkan kenderaan di kawasan
dilarang. Baiklah, saya terima. Tetapi kenapa kereta VIP ini yang juga
meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang tidak dikunci seperti mana saya
kena sedangkan dia berada di situ terlebih dahulu berbanding saya,” katanya.
Wanita itu turut berkongsi beberapa gambar sebagai bukti
ketika memuat naik status berkenaan di akaun Twitter miliknya, lapor My Metro.

Dia turut mempersoalkan adakah lambang polis terdapat pada
plat kereta berkenaan menyebabkan DBKL tidak mengambil tindakan.
Menurut wanita itu lagi, ketika kejadian beberapa penguat
kuasa muncul semula membuat rondaan kali kedua dan kenderaan ‘VIP’ itu masih
tidak dikapit tayarnya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan DBKL
Nasarudin Daharun berkata, dakwaan wanita terbabit berhubung diskriminasi yang
diterima itu akan disiasat.
Menurutnya, pihak DBKL akan menyiasat sama ada kenderaan itu
dikunci bahagian trafik jabatan berkenaan atau sebaliknya.
“Kami akan siasat ia dikunci bahagian trafik atau petugas
yang dipinjamkan kepada operator pengendali parkir di bawah Yayasan Wilayah,”
katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel