Connect with us

Berita Lain

Yusof Apdal Bebas


KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi
membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof
Apdal, selepas ditahan reman sejak Rabu lalu berhubung siasatan penyelewengan
dana awam di Sabah.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus yang membuat keputusan itu
turut membenarkan Mohd Yusof dijamin RM100,000 dengan deposit RM50,000.
Mohd Yusof, 57, yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan
Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tiba di Kompleks Mahkamah Kota
Kinabalu di sini pada kira-kira jam 9.40 pagi, sebelum dibawa masuk ke Mahkamah
Majistret pada jam 9.55 pagi dan keluar 10 minit kemudian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dua peguam mewakilinya iaitu Edward Paul dan Peter Lee
manakala SPRM diwakili Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basiruddin.
Mohd Yusof ditahan kira-kira jam 10 malam Selasa lalu di
pejabat SPRM Sabah, di sini selepas hadir bagi membantu siasatan SPRM berhubung
penyelewengan RM1.5 bilion dana awam untuk pembangunan luar bandar menerusi
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara tahun 2009
hingga 2015.
Dia direman empat hari sejak Rabu lalu sebelum disambung dua
hari lagi bermula semalam hingga hari ini.
Jumaat lalu, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna,
direman empat hari hingga hari ini dan dijadualkan dibawa ke mahkamah sebentar
lagi bagi mendapatkan perintah sambung reman.
Setakat ini, 13 individu ditahan berkaitan kes itu,
masing-masing 10 di Sabah dan tiga di Putrajaya termasuk seorang lagi adik Mohd
Shafie, iaitu Hamid Apdal dan menantunya yang juga ahli perniagaan berumur 33
tahun.
Sebelum ini, SPRM menahan Naib Presiden Warisan, Datuk Peter
Anthony; dan Ketua Wira parti itu, Datuk Mohd Azis Jamman; Ketua Pemuda UMNO
Tenom, Jamawi Jaafar; Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim dan ahli
perniagaan berumur 52 tahun.
Mereka bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Tiga lagi masih dalam tahanan reman iaitu seorang jurutera
yang juga ahli politik Warisan Putatan berumur 47 tahun, manakala dua lagi
ialah bekas Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Politik Mohd Shafie.

— Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel