Connect with us

Berita Lain

Akibat Cinta Tidak Direstui, Lelaki Mati Dibelasah


ALOR SETAR: Kerana bercinta dengan wanita berlainan bangsa,
seorang lelaki mati dibelasah enam lelaki di sebuah rumah di Perumahan Awam
Mergong, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi
Jidin, berkata mangsa, Thomas Ooi Choon Chai, 33, dilaporkan tidak sedarkan
diri selepas sepasukan anggota perubatan cuba merawatnya jam 11.53 pagi.
Katanya, sepasukan polis yang tiba mendapati mangsa yang
tidak sedarkan diri berada dalam keadaan terlentang atas kerusi di ruang tamu
rumah terbabit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siasatan mendapati mangsa dipukul enam lelaki yang
dikenalinya sebelum tiga rakannya, termasuk teman wanitanya menghubungi pihak
hospital untuk bantuan kecemasan.
“Pemeriksaan awal, mangsa mengalami kecederaan lebam di
bahagian pipi kiri, berdarah di hidung dan calar di dada,” katanya dalam
satu kenyataan sebentar tadi.
Mohd Rozi berkata, siasatan juga mendapati punca kejadian
disebabkan mangsa ada hubungan dengan seorang wanita yang tidak direstui
keluarganya.
Katanya, polis sudah mengenalpasti kesemua suspek dan
gerakan memburu sedang dipergiatkan.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital
Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan esok pagi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh,” katanya.

— Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel