Connect with us

Berita Lain

Bajet 2018: Bagi ‘Gula-Gula’, GST Tetap Kena – Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad – Foto: Malay Mail Online



KUALA LUMPUR – Pembentangan Bajet 2018 pada hari ini
menampakkan kerajaan tidak memperakui kegagalan menangani masalah rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, meskipun pelbagai
gula-gula dan kata manis diberikan kepada rakyat, kerajaan nampaknya membuat
keputusan untuk terus mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada
rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bajet kali ini memberikan gambaran seolah-olah keadaan
rakyat sekarang baik-baik sahaja.
“Walhal keadaan sebaliknya berbeza bagi rakyat. Dan ini
akan menyebabkan rakyat marah,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
juga Menteri Kewangan  membentangkan
Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya
merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat
dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC
dan perkhidmatan awam.
Bajet tahun ini juga bertemakan ‘memakmurkan ekonomi yang
inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi menyejahterakan
kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50’.
Menurut Khalid lagi, bajet kali ini juga seolah-olah memberi
gambaran palsu terhadap ekonomi negara.
“Bajet kali ini jelas merupakan satu kekecewaan. Ia
tidak menyelesaikan masalah rakyat. Kita semua tahu pada hakikatnya, di
peringkat bawah, semua orang mengeluh.

“Ia tidak menyelesaikan isu kos sara hidup yang tinggi,
kenaikan barang yang tinggi dan sebagainya,” katanya lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel