Connect with us

Berita Lain

‘Tiada gunanya Minta Maaf Pada Saya, Lebih Baik Dr M Bermuhasabah Diri’

Dr Chandra Muzaffar antara 106 orang yang ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada tahun 1987. – Foto: The Malay Mail

Bekas tahanan Operasi Lalang, Chandra Muzaffar berkata
beliau tidak memerlukan permohonan maaf daripada bekas perdana menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad kerana menyebabkan beliau ditahan tanpa bicara pada 1980an.
“Tidak ada apa gunanya untuk Dr Mahathir meminta maaf.
Adalah lebih baik sekiranya Dr Mahathir bermuhasabah, melihat dirinya sendiri
dan seluruh kariernya dan apa yang telah beliau lakukan.
“Bahawa seseorang boleh menukar pendiriannya seperti
menukar baju, tanpa melalui proses muhasabah, ini sangat mengganggu saya,”
kata Chandra dalam temu bual dengan The Malaysian Insight.
Ketika ditanya sama ada beliau telah memaafkan Mahathir,
Chandra menjawab beliau tidak menyimpan dendam terhadap bekas perdana menteri
yang berkuasa selama 22 tahun itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tidak ada dendam dalam hati saya. Saya sudah sebut hal
ini semasa saya dibebaskan. Tidak ada rasa marah dan kecewa.
“Ada orang yang mungkin mahu membawa luka masa lalu itu
sampai sekarang, dan sampai ke masa depan. Saya tidak fikir itu caranya,”
jelasnya.
Chandra adalah antara 106 orang yang ditahan tanpa
perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada tahun 1987.
Pada masa itu, beliau terlibat dengan Persatuan Aliran
Kesedaran Negara (Aliran), sebuah pergerakan masyarakat sivil yang diasaskan
beliau.
Antara isu yang disuarakan oleh Aliran pada masa itu
termasuk skandal kewangan Bumiputera Malaysia Finance (BMf) serta kes
pencemaran alam sekitar Asia Rare Earth di Perak.
Ia juga lantang mempersoalkan pemberian kontrak pembinaan
Lebuhraya Utara Selatan kepada Hati Budi, sebuah syarikat pelaburan Umno.
Chandra ditahan pada 27 Oktober 1987 dan dibebaskan selepas
57 hari.
Disoal Hanif, Rahim Noor
Chandra mendedahkan bahawa pada awal penahanannya, beliau
telah disoal oleh ketua polis negara, Tun Mohammed Hanif Omar dan bekas
pengarah Cawangan Khas Tan Sri Rahim Noor ketika itu.
“Mereka tanya apakah saya tidak hargai apa yang
kerajaan lakukan. Itu bukan satu masalah kerana dalam semua kenyataan saya,
saya mengakui perkara baik dan positif yang kerajaan lakukan.
“Apa yang baik kita alu-alukan, apa yang tidak baik
kita kritik. Itulah demokrasi.” kata Chandra.
Menurut Chandra, Hanif kemudian cuba mengatur pertemuan
antara beliau dan Mahathir.
“Saya syak Dr Mahathir yang tidak gembira dengan
suara-suara yang berlainan dan peranan saya dalam Aliran. Saya ada alasan untuk
percaya itulah sebabnya Haniff mahu aturkan pertemuan itu. Tetapi saya tolak.

“Saya beritahu Haniff saya tidak boleh berjumpa Dr
Mahathir dalam keadaan beliau warganegara yang bebas sedangkan saya sedang
ditahan. Dalam erti kata lain, saya bukan dalam keadaan yang wajar untuk
membuat keputusan kerana saya sedang ditahan.
“Haniff terima alasan saya. Dia kata: “Saya hormat
pendirian saudara”. Saya masih ingat kata-katanya itu,” jelas
Chandara.
Katanya, tidak berapa lama selepas dibebaskan, Haniff
menganjurkan forum mengenai hak asasi manusia dan menjemput beliau sebagai ahli
panel.



Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel