Saturday, November 08, 2025

Konsesi PLUS Berakhir 2038, Bukan 2018

October 29, 2017
1 min read

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menjelaskan berdasarkan
perjanjian konsesi yang disemak semula pada 2011, kutipan tol di Batu Tiga dan
Sungai Rasau di Selangor, dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2038 dan bukan
2018.

Dalam satu kenyataan hari ini, PLUS berkata pengumuman oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018
semalam, bermakna pemansuhan kutipan tol berkuat kuasa 1 Januari 2018 di plaza
tol Batu Tiga dan Sungai Rasau itu ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada
perjanjian konsesi berkenaan, lapor FMT.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perjanjian konsesi 2011 yang distruktur semula berikutan
penswastaan PLUS pada tahun sama, menyaksikan kutipan di semua plaza tol milik
PLUS, termasuk Batu Tiga dan Sungai Rasau, diselaraskan.

“Selain itu, tiada sebarang kenaikan kadar tol dilaksanakan,
sama ada oleh kerajaan dan/atau PLUS di semua lebuh raya milik syarikat ini
sejak 2005,” katanya.

Terdapat persoalan mengenai pampasan yang perlu dibayar
kepada PLUS dengan pemansuhan kutipan tol di 3 lokasi termasuk di Bukit Kayu
Hitam, Kedah serta Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Johor,
katanya.
“Memandangkan perbincangan sedang berlangsung ketika ini,
kami akan 
membuat pengumuman selepas mendapat maklumat daripada kerajaan,” kata
PLUS.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti