Connect with us

Berita Lain

Lelaki Akui Membunuh Kerana Jalan Cerita Novel Cinta

KUALA ROMPIN – Mengakui menghayati sebuah novel kisah cinta tiga segi dan sanggup melakukan apa sahaja demi kekasihnya, seorang lelaki warga tempatan berdepan hukuman gantung sampai mati selepas menembak suami kepada kekasihnya.
Novel berkenaan turut dirampas bersama dengan suspek ketika ditahan di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Tanjung Malim, Perak pada 27 Oktober lalu sekitar jam 1 pagi dipercayai dalam perjanalanan melarikan diri ke kampungnya di Bedong, Kedah dengan menaiki motosikal.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam kejadian pada 24 Oktober lalu sekitar jam 12 tengah malam di Felda Keratong 2, Muadzam Shah, suspek, 28, baru menjalin hubungan sekitar 5 bulan bertindak menembak suami kekasihnya, 32, yang berasal dari Acheh satu das di kepala dalam jarak 5 meter menggunakan senapang buatan sendiri.
Difahamkan, tindakan suspek itu adalah disebabkan mengetahui mangsa yang dikenali sebagai Zubir dalam proses memujuk isterinya yang berasal dari Lombok, Indonesia untuk membawanya pulang ke Acheh.
Mangsa sempat dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, sebelum meninggal dunia pada 25 Oktober sekitar jam 12 tengahari, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata, hasil siasatan terhadap isteri mangsa yang ditahan dengan penduduk setempat pada 25 Oktober juga mendedahkan nama beberapa suspek terlibat.
Menurutnya, pasangan ini turut difahamkan dalam proses perceraian dan sudah dua bulan tidak tinggal bersama.
“Hasil kerjasama dengan pasukan D9 dari Ibupejabat Polis Kontingen (IPK) Kuantan, suspek akhirnya berjaya ditahan pada 1 pagi 27 Oktober lalu dan tidak sempat melarikan diri ke Kedah.
“Siasatan ke atas suspek, dia mengaku melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa, senapang patah buatan sendiri turut dirampas di Ladang Sungai Guan, Kota Bahagia, Muadzam Shah selepas dipandu arah oleh suspek,” katanya dalam satu sidang media di IPD Rompin, di sini, hari ini.
Azli berkata, turut sama dirampas tiga biji peluru dan satu kelongsong peluru yang sudah digunakan serta satu alat pemutar skrew yang digunakan bagi membuka pasang senjata api.
Katanya, selain suspek dan isteri mangsa, dua lagi individu masing-masing berusia 48 serta 32 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Ini merupakan satu kejayaan dicapai polis Rompin yang berjaya menangkap suspek dan menyelesaikan kes yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan yang boleh dihukum gantung jika sabit kesalahan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel