Connect with us

Berita Lain

Lemas Selepas Selamatkan Ahli Keluarga


TAIPING – Seorang lelaki lemas selepas menyelamatkan dua
ahli keluarganya yang terperangkap dalam kepala air ketika mandi manda di
Sungai Pecah Batu, Trong, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid
berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 3.09 petang dan
bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 11 anggota dan seorang pegawai.
Katanya, pencarian di sekitar kawasan sungai menemukan
mangsa R Saravanan, 33, kira-kira 1 kilometer dari tempat perkelahannya bersama
keluarga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Keadaan lokasi ketika itu baru lepas hujan dan air
sungai sangat deras. Mangsa akhirnya ditemui jam 4.40 petang tersangkut di
celah batu di dalam sungai berkenaan.
“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan menyerahkan
kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di
sini, hari ini.
Beliau berkata, difahamkan mangsa cuba menyelamatkan
sepupunya berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an daripada dihanyutkan arus
deras.
Hasna berkata, malangnya selepas berjaya menyelamatkan dua
ahli keluarganya, mangsa dihanyutkan air.
Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga
anak berusia enam hingga 10 tahun bersama ahli keluarganya menaiki lima kereta
dari Ayer Tawar dan pertama kali mandi di kawasan itu.
— Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel