Saturday, November 15, 2025

Tarik Balik Gelaran Jika Terbabit Lakukan Jenayah

October 30, 2017
1 min read

KUALA LUMPUR: Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM)
mencadangkan supaya anugerah dan darjah kebesaran yang diberikan kepada
seseorang individu ditarik balik jika mereka terbabit dalam kes jenayah.
Presiden MDPM, Tan Sri Danny Ooi, berkata gelaran itu adalah
satu penghormatan dan mereka sepatutnya tidak mencemari pengiktirafan itu
dengan sesuatu yang memalukan.
“Seseorang yang dianugerah gelaran sepatutnya
menghormati orang lain, termasuk pasukan beruniform yang sedang melaksanakan
tanggungjawab mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tarik balik gelaran mana-mana individu tanpa mengambil
kira status Tan Sri atau Datuk Seri,” katanya pada sidang media pada
Majlis Makan Malam Amal Ulang Tahun Ke-15 MDPM di sini, malam ini.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin, yang kemudiannya menyampaikan cek bernilai RM30,000 kepada enam
rumah kebajikan.
Beliau mengulas insiden tiga anggota Jabatan Sukarelawan
Malaysia (RELA) cedera selepas mendakwa dipukul seorang lelaki berstatus Datuk
Seri ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, Ampang, Jumaat
lalu.
Mengulas lanjut, Ooi berkata, perbuatan Datuk Seri berkenaan
memberi layanan buruk kepada orang lain adalah tidak wajar.
“Individu berkenaan bukan ahli MPDM. Ahli majlis ini
dianugerah Panglima Jasa Negara dan Panglima Setia Di-Raja,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau menyokong pelaksanaan Akta
Lambang dan Nama (Pindaan) 2016 serta Akta Anugerah 2016 yang berkuat kuasa
mulai Rabu lalu, bagi menangani kes penipuan membabitkan orang awam.
“Kami akan jumpa polis untuk berbincang langkah
seterusnya selaras pindaan akta bagi mengekang kegiatan penyalahgunaan anugerah
dan darjah kebesaran dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang
di-Pertua Negeri.
“Dengan pindaan akta itu, diharapkan cadangan MDPM agar
diwujudkan satu ‘hotline’ diterima bagi memudahkan masyarakat membuat aduan
mengenai aktiviti penggunaan gelaran palsu atau yang tidak diiktiraf.

“Ini kerana orang ramai ada maklumat tetapi takut untuk
melaporkan secara rasmi, jadi ‘hotline’ ini amat membantu mereka menyalur
maklumat ,” katanya.

— BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti