Connect with us

Berita Lain

Tiga Anggota RELA Dipukul ‘Datuk Seri’ Terima Sijil Kepujian


KUALA LUMPUR — Tiga anggota Jabatan
Sukarelawan Malaysia (Rela) yang mendakwa dipukul individu bergelar ‘Datuk
Seri’ di sebuah tokong di Jalan Ampang di sini Jumaat lepas, akan menerima
sijil kepujian kerana bersikap profesional ketika menjalankan tugas.
Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin
berkata sikap sabar mereka dan tidak mencetuskan tindak balas walaupun diugut
dan dikasari wajar dipuji dan dijadikan teladan oleh anggota Rela yang lain.
“Bagi menghargai komitmen kepada
tugas, mereka akan menerima sijil kepujian hari ini yang disampaikan oleh saya
sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Zulkifli berkata sikap mereka
membuktikan anggota Rela bertugas dengan mempraktikkan nilai-nilai murni dan
mengelak konfrontasi dengan orang awam.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu,
Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di
kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.
Kejadian dikatakan bermula apabila
mereka meminta lelaki itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek
yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata suspek berusia 29 tahun itu telah dikenal
pasti dan diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.
 — BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel