Connect with us

Berita Lain

Proton Hantar Jurutera Ke China


SHAH ALAM – Proton Holdings Berhad (Proton) telah menghantar
sekumpulan jurutera dan juruteknik ke Kumpulan Zhejiang Geely Holding (Geely),
China, bagi mempelajari teknologi baharu pembuatan kereta di negara itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri
Ong Ka Chuan berkata, kumpulan kakitangan Proton itu akan berada di China
selama setahun bagi menimba ilmu menghasilkan kereta Proton bermutu tinggi.
“Selepas setahun, mereka akan kembali semula ke negara
kita. Geely memiliki kira-kira 10,000 jurutera dan setiap tahun syarikat itu
memperuntukkan kira-kira RM5 bilion bagi tujuan kajian dan pembangunan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya percaya, dengan bantuan kepakaran dimiliki Geely,
Proton mampu meningkatkan jumlah pengeluaran dan menambah jumlah kereta Proton
untuk eksport ke luar negara,” kata Ka Chuan seperti disiarkan dalam China
Press.
Menurutnya, Geely dan Proton turut merancang mengeluarkan
400,000 kereta dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Semua kereta tersebut akan menggunakan jenama Proton.
Daripada 400,000 kereta ini, separuh daripadanya akan dieksport ke China dan
negara Asean.

“Industri pembuatan kereta di seluruh dunia telah
melangkah ke era baharu dengan menggunakan teknologi terkini. Dalam menghadapi
persaingan sengit ini, negara kita juga perlu menghadapi persediaan melakukan
perubahan dan pembaharuan,” katanya.

— Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel