Connect with us

Berita Lain

Seberang Kota Bagai Berpesta Apabila Menerima Kunjungan PM


ALOR SETAR – Suasana di Kampung Seberang Kota di Kuala
Kedah, kira-kira 12km dari sini, bagai berpesta hari ini apabila mereka
dikunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan
sehari ke Kedah.
Pemimpin nombor satu negara itu diberi sambutan hangat
sejurus tiba kira-kira pukul 9.30 pagi ini dengan diiringi Menteri Besar,  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Selain bersarapan pagi bersama-sama penduduk kampung, Najib
turut menggunakan peluang untuk berbincang tentang perkembangan yang berlaku di
kawasan berkenaan.
Najib kemudian melawat pasar nelayan di kampung berkenaan
yang merupakan sebuah daripada destinasi pendaratan dan peruncitan hasil laut
yang terkenal di negeri ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Aturcara lawatan perdana menteri ke Kedah hari ini
melibatkan perjumpaan tertutup bersama kepimpinan negeri di Wisma Darul Aman
dan majlis perjumpaan bersama penjawat awam di Stadium Sultan Abdul Halim di
Suka Menanti.
​Beliau juga akan menerima kunjungan hormat Menteri Tenaga
dan Sumber Galian Arab Saudi, Khalid Abdul Aziz Al-Faleh di sebuah hotel
terkemuka di sini selain melawat Loji Air Syarikat Air Darul Aman (Sada) di
Pokok Sena.
Program padat perdana menteri turut melibatkan lawatan ke
rumah Mansor Salleh, seorang penduduk di Kampung Belukar, Mukim Jabi sebelum
menghadiri program bersama rakyat bersempena penyampaian bantuan musim
tengkujuh kepada pekebun kecil di Dataran KEDA.
malam ini Najib akan mengadakan perjumpaan bersama anggota-anggota
Barisan Nasional negeri sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel