Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir Paling Ambil Berat Soal Melayu, Kata Mufti Perlis

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya lebih banyak memikirkan soal Melayu berbanding orang lain. – Foto: FMT

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menegur
sesetengah pihak yang menurutnya melemparkan tuduhan yang tidak adil kepada Tun
Dr Mahathir Mohamad, hanya kerana pendirian politiknya.
Antaranya adalah tuduhan yang mengatakan bekas perdana
menteri itu sebagai pengkhianat Melayu, yang menurut Asri sangat tidak tepat
dan perlu dinilai semula.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak mahu mengulas urusan politik Tun Mahathir,
saya tidak berminat dengan parti baru beliau.
“(Tetapi) saya simpati melihat ada media yang
menuduhnya mengkhianati Melayu,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Mahathir dilihat mula menerima kritikan termasuk sebagai
pengkhianat melayu selepas keluar daripada Umno pada Februari 2016 dan menjadi
pembangkang.
Penyertaan parti yang diasaskannya bersama bekas pemimpin
Umno lain, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dalam HARAPAN dan
kerjasama dengan DAP meningkatkan lagi kritikan itu.
Namun Mohd Asri berkata, berdasarkan pengalaman peribadinya
sendiri, Mahathir sebenarnya adalah pemimpin politik yang lebih banyak
memikirkan soal Melayu berbanding orang lain.

“Saya banyak kali berbual secara peribadi dengan beliau
sejak dulu lagi. Saya kata ‘hati nurani beliau sangat Melayu’,” katanya.
Justeru, beliau merasa terpanggil untuk membangkitkan
perkara ini kerana merasakan tuduhan yang dilemparkan itu tidak wajar.
“Kita wajar bercakap benar. Kebencian kita kepada
seseorang tidak wajar sehingga kita menzalimi haknya,” katanya lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel