Saturday, November 08, 2025

Enam Lagi Geng Pak Su Didakwa

November 2, 2017
1 min read

ALOR SETAR: Seramai enam lelaki dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah
terancang ‘Geng Pak Su’ yang aktif dalam kegiatan penyeludupan di sekitar
sempadan Malaysia-Thailand, antara awal 2015 hingga bulan lepas.
Kesemua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 48
tahun yang dikawal ketat oleh pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC),
sekadar mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan seorang demi
seorang oleh jurubahasa kepada mereka, lapor Utusan Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tiada pengakuan direkodkan oleh mahkamah daripada
tertuduh-tertuduh.
Mereka terdiri, Jamal Muhamad Syafian Jamaludin,
24; Mazlan Ahmad, 48; Akmal Firdaus Ahmad, 22; Mohd. Shafiz Ibrahim, 29; Mohd.
Mizan Ismail, 39 dan Mohd. Azhar Muei, 20, yang dituduh menjadi anggota kumpulan
tersebut di tempat sama bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 8 Oktober lalu.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya,
Mohd. Izhanudin Alias mengikut Seksyen 130 (V) Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara antara lima sehingga 20 tahun.

Hakim Azman Abu Hassan tidak membenarkan semua
tertuduh diikat jamin berikutan kes berkenaan termasuk dalam jadual pertama
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) 2012 dan
menetapkan sebutan kes pada 20 November ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Namewee Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali

Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak, Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

KUALA LUMPUR – Ibu kepada kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, hari