Connect with us

Berita Lain

PPBM Dibenar Tangguh Mesyuarat Agung, Kata Ketua Penerangan


PETALING JAYA: PPBM menangguhkan mesyuarat agungnya
selama 18 bulan daripada penubuhan parti itu, kata Ketua Penerangan Datuk
Kamarudin Mohd Nor, selepas aduan beberapa cawangan parti di Johor.

Kamarudin berkata penangguhan itu sudah diluluskan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), sambil menyifatkan pengadu didorong
oleh pihak tertentu untuk memburukkan PPBM.

Ini bermakna PPBM yang ditubuhkan secara rasmi pada
8 September 2016 perlu mengadakan mesyuarat agung pertamanya memjelang Mac
tahun depan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum ini, 7 bahagian PPBM di Johor mengemukakan
aduan kepada JPPM mendakwa pucuk pimpinan parti gagal mematuhi ketetapan
perlembagaan parti berhubung mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan.

Tujuh bahagian itu adalah Kluang, Bakri, Semberong,
Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, dan Batu Pahat.

Ketua Penerangan PPBM Kluang, Arjuna Putra Ali berkata
sehingga ke hari ini mereka belum menerima notis bertulis untuk memanggil
mesyuarat agung.

Arjuna berkata ia bertentangan dengan perlembagaan PPBM yang
menetapkan mesyuarat agung mesti dipanggil selepas setahun penubuhan parti itu.

Bagaimanapun, Kamarudin menganggap 7 bahagian Johor yang
membuat aduan itu diupah dan didorong oleh pihak tertentu yang memburukkan
PPBM.

“Agaknya mereka makan upah lah ini. Jadi kena cari ‘point’
nak burukkan.

“Saya yakin ada orang lain mendorong mereka buat begitu. Ada
kuasa lain untuk mereka mengambil tindakan sedemikian dan mahu melihat PPBM bercelaru,”
katanya.



FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel