Saturday, November 08, 2025

Wanita Salah Tekan Pedal Minyak, Kereta Dipandu Rempuh Ruang Tamu

November 12, 2017
1 min read

PARIT – Seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya
merempuh ruang tamu rumahnya sendiri di Taman Parit Jaya, di sini hari ini.
Difahamkan, ketika kejadian, warga emas berusia 64 tahun itu
dikatakan mahu mengundur keretanya namun tersilap menekan pedal minyak, lalu
kenderaan tersebut merempuh ruang tamu rumahnya sendiri.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan ll Azman Harun
berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.41 petang dan anggotanya
bergegas ke tempat kejadian, lapor Sinar Online.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, anak mangsa
berusia 23 tahun didapati terperangkap di ruang tamu rumah terbabit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Akibat rempuhan itu, kereta jenis Honda CRV berkenaan
berada di ruang tamu rumah dan terdapat seorang mangsa yang merupakan OKU
berada di situ.
“Pemandu wanita itu tidak dapat keluar kerana dihalang
jeriji pintu dan kami segera membantu mengeluarkan mangsa.
“Ibu dan anak berkenaan tidak cedera dan hanya
mengalami kejutan akibat kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa diperiksa oleh pasukan
perubatan yang turut tiba di lokasi kejadian.
“Operasi menyelamat tamat pada jam 3.25 petang setelah
semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Pelancong Maut Lemas di Pantai Cenang, Usaha Orang Awam Gagal Selamatkan Mangsa

LANGKAWI – Kegembiraan sekumpulan pelancong menikmati keindahan Pantai Cenang bertukar tragedi apabila

Misi Selesai: Helikopter Bomba Bawa Turun Jenazah Mustaqqeem Dari Gunung Liang Petang Tadi

IPOH: Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim