Connect with us

Berita Lain

Operator Kilang Dipenjara Empat Bulan Selepas Siar Kartun Dan Kata Aibkan Najib


PETALING JAYA, 17 Nov ― Seorang operator kilang dipenjara
empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas dia mengaku
bersalah memuat naik lukisan kartun dan perkataan yang mengaibkan Perdana
Menteri, bulan lepas.
Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhkan hukuman itu
terhadap Mohamad Hamizan Ghazali, 24, dan memerintahkan dia menjalani hukuman
penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 12 Nov lepas.

Mohamad Hamizan didakwa menggunakan profil “Ieyzan
Ghazali”di laman sosial Facebook dan memuat naik gambar lukisan kartun bersifat
jelik yang tertera perkataan mengaibkan Perdana Menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Melati 2, Taman Paya
Rumput Perdana, Melaka Tengah, Melaka, di antara 12.01 pagi pada 20 Okt dan
5.30 petang 22 Okt lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta
sama yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga
setahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu
dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia sudah direman selama lima hari.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal
Abidin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran supaya tertuduh tidak
mengulangi kesalahan itu yang kini menjadi trend pengguna media sosial.
“Tertuduh tidak sepatutnya melanggar undang-undang jika
ingin menyuarakan pendapat kerana ia bertentangan dengan rukun negara.
“Tindakannya memuat naik gambar jelik adalah tindakan
yang silap serta tidak menghormati pemimpin negara,” katanya.

Mengikut fakta kes, pengadu merupakan anggota “Friends of
UMNO” telah membuat laporan polis berhubung tindakan tertuduh yang memuat naik
gambar jelik itu di laman sosial Facebook. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel