Connect with us

Berita Lain

PM, Isteri Ziarah Anwar Di HKL


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri
Rosmah Mansor hari ini melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala
Lumpur (HKL)  hari ini.
Najib memuatnaik gambar lawatan itu di akaun twitter
rasminya.
“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala
Lumpur hari ini. Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri Anwar yang
juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim.
Anwar kini dirawat selepas menjalani pembedahan di bahu Ahad
lalu.
Anak lelaki Anwar Muhammad Ihsan mengucapkan terima kasih
kepada Najib dan Rosmah atas kunjungan mereka, serta semua kakitangan HKL yang
merawat bapanya.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kerajaan
agar mempertimbangkan ayah kami dibenarkan untuk berada di kemudahan perubatan
di luar penjara untuk menjalani rawatan,” katanya dalam kenyataan.
Kecederaan bahu Anwar berpunca daripada kemalangan di Desa
Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 2014.


Kecederaan itu pada mulanya dirawat melalui senaman dan
fisioterapi, tetapi keadaan dalam penjara menyukarkannya untuk meneruskan rutin
itu.
Keluarga Anwar berkata beliau mula merungut keadaannya
semakin memburuk pada Disember tahun yang sama.
Keadaan Anwar kemudian semakin buruk selepas beliau terlibat
dalam kemalangan pada 22 September.

Ketika itu, beliau dalam perjalanan dari HKL untuk pulang je
penjara, apabila kereta pengiring melanggar bahagian belakang kereta yang
dinaikinya.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel