Connect with us

Berita Lain

6,000 Tempahan Myvi Baharu Diserahkan


PERODUA Myvi serba baharu yang dilancarkan pada 16 November,
membuat serahan pertamanya pada Jumaat kepada pelanggan pertamanya, Pengerusi
Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Myvi serba baharu itu yang menerima tempahan berjumlah 6,000
unit sehingga pukul 8.00 malam 17 November, memulakan serahannya seawal pukul
8.00 pagi pada hari yang sama, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)
dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Syarikat kereta kompak pilihan utama rakyat Malaysia itu
membuka tempahan bagi model tersebut pada 9 November.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr)
Aminar Rashid Salleh berkata syarikat itu terus komited memaksimumkan serahan
kereta tersebut bagi memastikan Perodua Myvi serba baharu itu dapat diserahkan
dengan cepat kepada pemilik masing-masing.
Sementara itu, Abdul Wahid berkata beliau amat berbangga
menjadi pelanggan pertama membuat tempahan dan menerima serahan pertama Perodua
Myvi serba baharu itu pada pagi Jumaat.
“PNB sememangnya berbangga dengan pencapaian Perodua,
syarikat penerima pelaburan kami. Mereka benar-benar layak memegang status
syarikat kereta nasional. Tahniah kepada pasukan di Perodua,” kata Abdul Wahid.
Generasi pertama Perodua Myvi diperkenalkan pada 2005 dan
lebih sejuta unit telah dikeluarkan antara 2005 dan 2017, menjadikannya model
Perodua paling popular dalam sejarah.
Sejak Agos 1994 Perodua telah mengeluarkan lebih 3.2 juta
kenderaan.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel