Connect with us

Berita Lain

Ahli Politik Indonesia Terlibat Rasuah RM700 Juta Dakwa Terbabit Kemalangan Elak Disiasat


JAKARTA: Speaker parlimen Indonesia yang dikaitkan kes
rasuah bernilai AS$170 juta (RM706.86 juta), dirawat di hospital hari ini
selepas drama luar biasa di mana dia mendakwa cedera dalam nahas kereta susulan
kegagalan serbuan ke atas kediaman mewahnya.
Berita itu menguasai tajuk muka depan dan siaran berita
minggu ini di negara Asia Tenggara yang dilingkari rasuah, di mana gambar
menunjukkan Setya Novanto dalam kesakitan terbaring di katil hospital ibu kota
ini bersama tiub ubat pada hidungnya.
Pengkritik menyelar Setya, menuduhnya cuba mengelak pegawai
anti-rasuah yang mahu menyoalnya dalam satu daripada skandal rasuah terburuk
Indonesia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tindakan seperti ini membuatkan orang menyoal
segala-galanya, bagaimana seorang pemimpin memiliki sedikit maruah?
“Pemimpin perlu mematuhi undang-undang dan dipercayai orang
ramai. Jika mereka melarikan diri seperti ini, bagaimana mereka boleh
dipercayai?” kata Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, anggota Golkar, parti
politik kedua terbesar diketuai Setya.
Malam kelmarin, pegawai daripada Suruhanjaya Penghapusan
Rasuah (KPK) menyerbu kediaman Setya yang bernilai jutaan dolar di kawasan
mewah ibu kota ini, terkenal dengan jurang ekstrem antara golongan kaya dan
miskin.
Namun Setya gagal ditemui, mencetuskan pencarian meluas ibu
kota ini di tengah kebimbangan dia meninggalkan Indonesia.
Ahli politik berusia 62 tahun itu diletakkan dalam senarai
paling dikehendaki Indonesia sebelum muncul di hospital semalam, susulan
dakwaan terbabit dalam kemalangan, walaupun tiada tanda kecederaan serius.
Pihak berkuasa mahu menyoalnya berhubung dakwaan dia dan
ahli politik lain menggelapkan jutaan dolar dana awam dikaitkan dengan projek
negara yang mengeluarkan kad pengenalan baharu kepada 255 juta penduduk
republik ini.
Dakwaan awal tahun ini mencetuskan kejutan meluas walaupun
dengan status sebagai satu daripada negara paling teruk dihimpit rasuah di
dunia.
Peguam Setya menegaskan hari ini, anak guamnya bukan enggan
mengelak disoal, mengatakan dia ‘amat, amat lemah’ dan bimbang akan dilayan
secara tidak adil oleh badan anti-rasuah.
“Dia enggan didakwa. Dia mempunyai hak dilayan menurut
undang-undang,” kata peguamnya, Fredrich Yunadi.

Setya berdepan dakwaan rasuah sebelum ini termasuk kes di
mana dia direkodkan cuba memeras wang daripada unit tempatan Freeport-McMoRan
sebagai pertukaran untuk melanjutkan hak pelombong syarikat berpangkalan di
Amerika Syarikat itu bagi beroperasi di negara ini. Dia bagaimanapun terlepas
daripada didakwa. -AFP/BHarian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel