Connect with us

Berita Lain

Anak Dan Menantu Man Kidal Didakwa Salahguna Harta


PETALING JAYA: Anak dan menantu pemuzik dan komposer Man
Kidal dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan menyalahgunakan harta milik
sebuah syarikat pelaburan tahun lalu.
Mohd Shefflee Rahman, 33, dan isterinya, Shireen Amani Lucia
Lerang, 30, serta seorang lagi tertuduh, Amirullah Basarullah, 49, bagaimanapun
mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret
Nurulhuda Zakariya.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara berasingan menyalahgunakan
harta seorang juruteknik, Mohd Shahrizal Mohamad Jaapar, 37, iaitu wang tunai
RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank Global Tijari Industries Sdn Bhd
di Jalan Klang, Puchong, dekat sini, pada 6.02 pagi, 27 Jun 2016.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohd Shefflee adalah pengurus Global Tijari Industries iaitu
sebuah syarikat pelaburan manakala Shireen Amani Lucia dan Amirullah adalah
pemilik syarikat berkenaan.
Semua tertuduh yang didakwa secara berasingan, menghadapi
tuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
maksimum penjara lima tahun dan sebat, dan boleh dikenakan denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali
menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh,
bagaimanapun mereka yang diwakili peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff merayu jaminan
rendah dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Peguam itu berkata, Shireen Amani Lucia masih menyusukan
anak berusia tujuh bulan.
Nurulhuda kemudian membenarkan ketiga-tiga tertuduh
masing-masing diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan
menetapkan 18 Disember ini bagi sebutan semula kes.

Difahamkan, semua tertuduh gagal membayar wang ikat jamin
dan ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang.

– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel