Connect with us

Berita Lain

Bersatu Kemuka Laporan Kepada ROS 30 Nov Ini – Muhyiddin


PAGOH- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan
mengemukakan laporan berkaitan penubuhan parti kepada Jabatan Pendaftar
Pertubuhan (ROS) bagi mendapatkan maklum balas lebih terperinci mengenai
desakan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Presidennya,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat
beberapa kekeliruan oleh pihaknya yang digesa untuk membentuk AGM kerana faktor
tempoh masa kelulusan bahagian daripada ROS masih baru dan kurang dari setahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita akan minta pandangan ROS dalam status sebegini. Kalau
difikirkan, bagaimanalah nak buat AGM sedangkan hanya lapan bahagian terawal
sahaja diluluskan ROS iaitu 24 Julai lalu.

“Justeru, kami akan bertemu jabatan itu pada 30 November ini
untuk membentangkan segala laporan. Malah, kami juga bersedia untuk patuh
dengan sebarang keputusan ROS sekiranya pihak terbabit terus mendesak untuk
Bersatu mengadakan AGM dalam tempoh terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media
khas di Pejabat Bersatu Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, pihaknya juga akan meminta panduan
daripada ROS dalam pembentukan AGM seandainya perkara itu terus ditekankan
termasuk melaksanakan sebarang kehendak.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel