Connect with us

Berita Lain

Senator Mohon Maaf Selepas Foto Raba Pembaca Berita Tular


MINNESOTA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang pembaca berita stesen
radio mendakwa buah dadanya diraba seorang senator pada 2006.
Mangsa, Leeann Tweeden berkata, Al Franken turut mencium
mulutnya yang sedang tidur ketika kejadian.
Ketika kejadian, Leeann dan Franken terlibat dalam aktiviti
jelajah Organisasi Servis Bersatu (USO) bersama angkatan tentera Amerika
Syarikat dan keluarga tentera.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Leeann dari stesen TalkRadio 790 KABS di Los Angeles
mendedahkan kejadian itu di laman syarikatnya, minggu ini.

“Anda mencium saya tanpa izin, memegang buah dada saya
ketika saya sedang tidur dan orang rakam kelakuan anda,” kata Leean yang
turut mendedahkan foto rakaman kejadian tersebut.
Laporan CNN mengatakan pendedahan itu menyebabkan Franken
’emosi’ dan tertekan.
Beliau juga mengeluarkan kenyataan permohonan maaf pendek,
kelmarin.
Dalam kenyataannya, Franken mengatakan beliau tidak ingat
mengenai kelakuannya ketika itu.
“Saya memohon maaf dengan ikhlas kepada Leeann.
Mengenai foto itu, ia sepatutnya menjadi kelakar tetapi tidak. Saya tak
sepatutnya berkelakuan sedemikian,” katanya.
Satu kenyataan permohonan maaf kedua turut dibuat dengan
mengatakan beliau ‘tidak tahu apa yang berlaku dalam kepalanya’ ketika
melakukannya.
Sementara itu, dalam satu sidang media, Leeann mengatakan
beliau menerima permohonan maaf Franken.
“Tiada sebab saya tak terima permohonan maafnya. Saya
tak minta apa-apa pun. Saya (juga) tidak minta dia letak jawatan (sebagai
senator). Itu bukan hak saya,” katanya.

Leeann tidak membuat laporan polis berhubung kejadian
tersebut.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel