Connect with us

Berita Lain

Cawangan UMNO Disaran Tubuh Biro IT Untuk Tangkis Fitnah Pembangkang


KOTA BHARU, 19 Nov – Semua cawangan UMNO disaran menubuhkan
Biro Teknologi Maklumat (IT) yang antara tujuannya bagi menghadapi fitnah dan
pembohongan pembangkang.
Pengerusi Biro IT UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata setakat
ini, biro berkenaan ditubuhkan di peringkat UMNO pusat, negeri dan bahagian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Biro itu amat penting di saat Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) semakin dekat terutamanya bagi menangkis dakyah pembangkang selain
menyampaikan maklumat yang sahih daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN),”
katanya kepada pemberita selepas bertemu jawatankuasa Biro IT UMNO Bahagian
Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Ahmad berkata semakin hampir pilihan raya, pembangkang akan
menabur pelbagai fitnah dan pembohongan bagi mengelirukan rakyat agar membenci
kerajaan dan parti.
Beliau berkata perbuatan tersebut perlu ditangkis dengan
segera sebelum rakyat mula mempercayai sesuatu yang tidak benar itu.
Katanya penyebaran maklumat palsu itu perlu dilaporkan
kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya pihak terbabit
boleh dikenakan tindakan undang-undang.

– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel