Connect with us

Berita Lain

Lebih 100 Pelajar Kolej Vokasional Muar Keracunan


MUAR: Sekurang-kurangnya 100 pelajar Kolej Vokasional Muar,
di sini dihantar ke Klinik Kesihatan Maharani, dipercayai selepas mengadu cirit
birit dan muntah sejak semalam.
Difahamkan, kesemua pelajar tersebut menghadiri majlis makan
malam tahunan yang dianjurkan di kolej berkenaan pada malam kelmarin.
Daripada jumlah itu, dua pelajar terpaksa ditahan di
Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, walau bagaimanapun seorang
daripada mereka sudah dibenarkan pulang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut ibu kepada seorang mangsa yang enggan dikenali,
seorang daripada dua anaknya yang menuntut di kolej berkenaan turut dibawa ke
klinik.
“Anak perempuan saya yang berusia 18 tahun sudah dibenarkan
pulang ke asrama selepas menerima rawatan dan diberikan ubat oleh doktor.
“Dalam kejadian itu, adiknya yang berusia 16 tahun turut
menghadiri jamuan makan malam yang dianjurkan tetapi dia tidak mengalami
apa-apa simptom keracunan,” katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kanan daerah, Dr. Noorhaida
Ujang ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun belum bersedia mengulas
lanjut kerana siasatan masih dijalankan pihaknya.

– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel