Connect with us

Berita Lain

‘Tengok Warna Daging Itu Lain, Timbul Syak Yang Itu Daging Khinzir’


”Mujur Allah SWT gerakkan hati periksa dulu daging itu,”
demikian luah sorang wanita yang mendakwa daging yang dibeli oleh suaminya di
sebuah pasar di Selayang, adalah daging babi.
Mazliana Abdul Manap, yang berhasrat nak memasak menu asam
pedas daging pagi tadi terbantut setelah berasa was-was dengan warna daging
yang direndamnya, seperti warna daging babi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Nak defrost daging konon nak buat asam pedas daging untuk
menu hari ini. Tapi tengok warna daging itu lain. Timbul syak yang itu adalah
daging khinzir.
“Hati sudah mula berasa was-was. Buat semakan di laman
Google, Yes! Memang warna daging khinzir seperti itu,” tulisnya di Facebook
hari ini.
Menurut Mazliana, daging sejuk beku itu dibeli oleh
suaminya, Kamarul, di sebuah pasar di Selayang. Sebelum ini juga, mereka pernah
membeli daging di tempat yang sama dan tidak pernah berdepan dengan masalah
itu.
“Warna daging itu cerah dari daging lembu. Yang ini beli
daging beku yang dalam packaging itu. Tetapi di kedai, dia dah potong-potong.
Urat-urat daging pun lain.
“Yang jual di pasar itu kan ramai Myanmar. Tauke dia tak
tahu bangsa apa,” tulisnya membalas beberapa persoalan dari rakan-rakannya.
Bagi mendapatkan kepastian, Mazliana juga bertanya kepada
jirannya berbangsa Cina yang kemudian mengesahkan bahawa daging itu adalah
daging babi.

Rakan-rakannya juga turut menasihatkan agar Mazliana membuat
laporan berhubung perkara itu bagi mengelakkan pengguna lain yang terkena.
Mazliana berasa serik untuk membeli daging di pasar
berkenaan dan menasihatkan orang ramai berhati-hati bila membeli daging beku.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel