Connect with us

Berita Lain

‘Haruan’ Tak Mengaku ‘Makan Anak’


AYER KEROH: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol anak kandungnya,
sejak dua tahun lalu.
Lelaki berusia 38 tahun itu membuat pengakuan berkenaan
sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia
16 , di sebuah rumah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam, akhir November
2015.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan
sama terhadap mangsa sama ketika berusia 18 tahun di lokasi sama, kira-kira jam
12.30 tengah malam, pada 14 November lalu.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut
Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376B (1) akta
sama.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30
tahun dan sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria
tidak menawarkan jaminan, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguambela
merayu dengan memaklumkan mangsa ingin menarik semula laporan polis yang
dibuat.
Muhammad Azri bagaimanapun memberitahu tiada laporan polis
ditarik balik sehingga kini.
Mahkamah menetapkan 21 Disember ini, tarikh sebutan semula
kes.
– Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel