Connect with us

Berita Lain

2 Kanak-Kanak Berusia Lima Dan Lapan Tahun Diumpan Dengan RM2, Coklat Sebelum Dirogol Jiran


Dua kanak-kanak berusia lima dan lapan tahun menjadi mangsa
rogol jiran dalam dua kejadian berasingan di Batu 11, Jalan Gambar, Kuantan, 6
November lalu, lapor Harian Metro.
Difahamkan, suspek berusia 25 tahun mengumpan kedua-dua
mangsa dengan wang RM2 dan coklat sebelum memujuk mangsa membonceng
motosikalnya, kononnya mahu membawa mangsa bersiar-siar.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz
Salleh berkata, mangsa yang berusia lapan tahun dibawa ke kawasan tangki air di
Taman Mahkota Aman pada waktu petang dan dirogol suspek.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mangsa kedua berusia lima tahun pula diumpan menggunakan
kaedah yang sama dan dibawa ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran taman
berkenaan.


“Suspek yang masih bujang merogol mangsa di kawasan
berkenaan sebelum menghantarnya pulang ke rumah dan berlagak seperti tiada
apa-apa yang berlaku.
“Bagaimanapun perlakuan suspek terbongkar selepas
kedua-dua mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu bapa masing-masing,”
katanya.
Ibu bapa kedua-dua mangsa kemudian membuat laporan polis di
Balai Polis Jaya Gading pada hari yang sama.
Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan
kemudian menyerbu rumah dan menahan 
suspek pada jam 10.30 malam.
“Ketika serbuan, suspek yang bekerja sebagai kelindan
lori baru saja tiba di rumahnya selepas selesai menghantar barang dan terkejut
dan tidak sempat melarikan diri.
“Berdasarkan semakan, suspek tidak mempunyai rekod
jenayah, manakala ujian saringan air kencingnya adalah negatif,” katanya.
Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa mengenali suspek
dan lelaki berkenaan tinggal bersama ibu bapa serta dua adiknya.

Suspek kini direman sehingga 28 November bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel