Connect with us

Berita Lain

Kit Siang, Dr Mahathir Dan Sekumpulan Anak Muda

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad
dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sekali lagi berkongsi pentas di sebuah
dewan di Petaling Jaya malam semalam bersama sekumpulan anak-anak muda.

Kedua-dua mereka – bekas seteru ketat – membicarakan
pelbagai soalan daripada konsep nepotisme hingga kepada Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kedua-dua, Dr Mahathir dan Lim dituduh mengamalkan nepotisme
kerana anak masing-masing mengikuti jejak langkah mereka dalam politik manakala
Lim ditahan di bawah ISA semasa Mahathir adalah perdana menteri.
Mahathir pada awal sesi itu berkata beliau memahami mengapa
orang ramai tidak bersetuju dengan perkara yang dilakukannya semasa
pimpinannya.
“Ini orang (Lim) yang bertanggungjawab. Dia tidak
pernah suka sa, dia kata macam-macam perkara buruk pasal saya.
“Tetapi jika kamu dalam pembangkang dan mahu
mengalahkan kerajaan, kamu tidak boleh bercakap perkara baik mengenainya.
“Hari ini ramai yang bertanya mengapa saya berkawan
dengan ‘setan’ itu, susah saya mahu menerangkan ini,” katanya, sambil
disambut gelak ketawa hadirin manakala Lim sempat melemparkan senyuman.
Mengaku bahawa dirinya kerap membidas Dr Mahathir pada masa
lalu, Lim bagaimanapun berkata, bahawa kritikan itu tidak pernah bersifat
peribadi.
“Saya tidak pernah memanggilnya ‘Mahafiraun’,
‘Mahazalim’ atau korup. Sebagai perdana menteri, saya memegangnya
bertanggungjawab terhadap semua penyalahgunaan kuasa termasuk Operasi Lalang,
dia berkata dia bertindak atas nasihat keselamatan.
“Tetapi sebagai menteri dalam negeri, dia harus
bertanggungjawab berhubung tangkapan ke atas semua tahanan,” kata Lim.
Lim juga ditanya sama ada beliau akan menubuhkan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat “kesilapan” Mahathir serta dakwaan
kekayaan anak-anaknya.
Lim berkata, siasatan penuh perlu dijalankan jika terdapat
penyalahgunaan kuasa ataupun wujud persepsi tentang salah guna kuasa.
“Tetapi yang paling penting hari ini ialah membuat
perubahan, kita tidak mahu menjadi seperti Zimbabwe,” katanya sambil
menambah masa depan lebih penting daripada peristiwa dahulu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel