Connect with us

Berita Lain

KL Biennale 2017 Sasar 250,000 Pengunjung


KUALA LUMPUR — Kira-kira 250,000 pengunjung dijangka
menghadiri Kuala Lumpur (KL) Biennale 2017 yang julung kali diadakan di ibu
negara bermula 1 Nov lepas hingga 31 Mac tahun depan.
Bertemakan Alami Belas atau ‘Be Loved’, pameran seni
kontemporari antarabangsa berskala besar yang disertai 114 pengkarya seni itu
diadakan di Balai Seni Negara, di sini selain di ruang sekitar ibu negara.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz berkata ‘Biennale’ merupakan acara seni bertaraf antarabangsa yang
dianjurkan seluruh dunia dalam meraikan seni, dan pada masa sama mengangkat
martabat seni visual negara penganjur sebagai penanda aras budaya nasional
sesebuah negara yang berdaya saing.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, acara itu diadakan di Singapura tahun lepas dan
akan dianjurkan di Thailand pada tahun 2018.
Mohamed Nazri berkata penganjuran KL Biennale 2017 bukan
sahaja bertujuan memetakan Malaysia sebagai hab pelancongan seni malah turut
membuka peluang dan ruang untuk penggiat seni menembusi pasaran luar negara.
“Jelas bahawa industri ini berpotensi untuk menyumbang
kepada pembangunan ekonomi negara tetapi apa yang lebih penting, seni
menyumbang kepada pembangunan fizikal dalam bentuk ‘softscape’ yang
menggambarkan perkembangan sosiobudaya rakyat.
“Selain itu, ia adalah sebahagian daripada pelancongan
budaya, kita merayakan kehidupan budaya sebuah bandar serta menarik minat
pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan KL
Biennale 2017 di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pembangunan
Seni Visual Negara (LPSVN) Datuk Seri Farid Ridzuan, Ketua Pengarah LPSVN Prof
Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan Pengerusi KL Biennale 2017 Johan Ishak.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Najib menafikan karya
berjudul ‘Under Construction’ telah dirampas oleh pihak berkuasa dan tidak
dipamerkan di Balai Seni Negara.
“Karya tersebut merupakan satu ‘process art’ di mana ia
masih dalam proses pembikinan, dan ia masih lagi berada di tingkat dua di sini
(Balai Seni Negara).
“Kami menerima karya seni itu sebegitu. Justeru, sebarang
pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada pihak polis dan Kementerian Dalam
Negeri sendiri,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
tujuh artis yang mengundur diri daripada menyertai pameran itu semalam atas
dakwaan hasil karya mereka telah dikeluarkan daripada pameran berkenaan.
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel