Connect with us

Berita Lain

Akibat Tak Dapat ‘Sup Lebih’, Wanita Mengamuk Naik Angin


SEORANG wanita dari
Thailand dirakam melemparkan plastik berisi mee sup panas kepada seorang
penjual makanan kerana tidak menyediakan hidangan itu mengikut saiz yang
dimintanya.

Pekerja gerai makanan
itu, Kham Loogtah, 26, melecur di leher dan dada selepas bungkusan mee sup itu
pecah apabila ia dilemparkan pelanggan terbabit ke badannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Loogtah,
pelanggan yang tidak dikenali itu telah meminta makanan yang dipesannya, Khanom
Chin Nam Ngiao (bihun bersama sup khinzir pedas) dibungkus dalam beg plastik
yang lebih besar.

Namun, permintaan itu
tidak dapat ditunaikannya dan dia telah memberitahu pelanggannya itu bahawa
‘ini beg plastik paling besar yang kami ada’.
Berang dengan saiz
hidangan yang kecil itu, wanita berkenaan bertindak melemparkan mee tersebut
kepada Loogtah.

Teman lelaki wanita
itu tampil memohon maaf dan menawarkan untuk menghantar Loogtah ke hospital.

Namun, Loogtah
menolak pelawaan tersebut kerana takut dengan pasangan itu.
Loogtah ke hospital
sendirian dan pasangan itu bersetuju untuk membayar bil perubatan bernilai
THB10,000 (RM1,267).

Insiden itu turut
menyebabkan dia putus pendapatan untuk beberapa hari bagi menyara keluarganya
kerana terpaksa mengambil cuti.

Loogtah telah bekerja
di gerai makan di kawasan Santitham itu sejak empat tahun lalu dan menerima
THB700 (RM88.70) sehari dengan bekerja dua syif dari pukul 11 pagi hingga 2
pagi.

Loogtah berkata, dia
tidak berdendam namun telah membuat laporan polis dan mahu wanita itu bertanggungjawab
atas perbuatannya. – coconuts

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel