Connect with us

Berita Lain

Zahid Beri Bayangan PRU14 Lepas Tahun Baru Cina

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi – Foto: Sinar Harian



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan selepas Tahun
Baru Cina tahun depan.

Perkara itu disebut Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen
Bagan Datuk dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan
Melintang hari ini menggunakan perkataan “Hari Besar” seolah-olah merujuk
kepada PRU14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila akan diadakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jangan lupa hari besar (Tahun Baru Cina) akan sampai,
lepas Tahun Baharu Cina akan ada “hari besar’ lain. Kalau dulu bikin silap (tak
undi Barisan Nasional (BN) tak pa saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan
bikin silap lagi woo,” katanya dalam loghat orang Tionghoa berbahasa Melayu.
Ucapan Ahmad Zahid itu disambut sorakan lebih 500 masyarakat
Tionghoa setempat yang hadir pada majlis perasmian tokong itu. Tahun Baru Cina
dijangka disambut pada 16 dan 17 Feb 2018.
Tarikh luput mandat kerajaan Persekutuan diterajui Barisan
Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari
selepas tarikh luput itu.

Ahmad Zahid turut menyentuh tentang kebebasan beragama di
negara ini yang telah membawa kepada keharmonian dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum dan agama.
“Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang cukup prihatin
dan memahami perbezaan agama walaupun dalam Perlembagaan negara kita agama Islam
sebagai agama rasmi persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan.

“Ertinya kerajaan Malaysia kerajaan yang adil dan
menghormati semua agama di negara kita kerana Islam mengajar kita untuk
menghormati agama lain,” katanya. -Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel