Connect with us

Berita Lain

Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’


SINDIR… Nama aktres Fathia Latiff memang terkenal segala
macam isu kontroversi akhir-akhir ini kerana sering muat naik status menerusi
media sosial dengan kenyataan berbaur antikerajaan.
Selepas terpalit dengan isu rakaman ‘live’ aksi panas
dirinya awal tahun ini, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu aktif ‘hentam’
kerajaan terutama UMNO setelah disisihkan pelbagai penggambaran dan program
televisyen tempatan.
Ramai penganalisis hiburan dan politik tanah air melihat ia
mungkin berpunca akibat sikap Fathia atau sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff,
30, amat cenderung terhadap parti pembangkang khasnya serpihan UMNO iaitu PPBM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malahan dia pernah muncul atas talian menemuramah pengerusi
itu yang juga pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk
menyebarkan dakyah blok pembangkang dan giat menghasut rakyat membenci UMNO.
Terkesan dengan perangai Fathia yang bukan sahaja bersifat
kebudak-budakan dan tidak matang mengupas isu semasa, Exco Pergerakan Puteri
UMNO Malaysia, Khaidhirah Abu Zahar secara terbuka menempelak artis tersebut.
Ketika berbahas pada Perhimpunan Agung tahunan sayap
pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, beliau yang pernah aktif
sebagai pelakon dan kini bergiat selaku sutradara, memerli perangai ‘bimbo’
Fathia itu.
Khaidhirah atau lebih mesra dipanggil Dira, dan merupakan
anak bekas Ketua Menteri Melaka, allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin,
menyelar pelakon kontroversi berkenaan sebagai suka mencari perhatian secara
negatif.
“Jika Fathia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan
rakyat, turun padanglah bantu rakyat seperti Puteri UMNO. Tak perlu kalau
sekadar hanya tahu picit butang di telefon pintar,” kata Khaidhirah, 33, dalam
ucapannya.
Beliau seterusnya menasihatkan Fathia supaya belajar untuk
‘duduk diam’ dan sepatutnya menumpukan kepada kerjaya lakonannya yang bukanlah
sehebat mana pun: “Tidak perlu mencampuri urusan pihak kerajaan (UMNO).”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam satu ‘posting’ sebagai penghormatan kepada Mahathir
menerusi Instagramnya baru-baru ini, Fathia hairan, sumbangan bekas perdana
menteri selama 22 tahun itu kepada negara konon seolah-olah makin dilupakan
rakyat.

Advertisement
Mahathir kemudiannya membalas balik menerusi akaun Twitter
dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya: “Saya
kagum dengan keberanian @fatiyalatiff.” 

– Mynewshub

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel